My Team.........................

TAHUKAH ANDA??..Wajah-wajah ini merupakan antara wajah-wajah penting dalam peningkatan kadar penggunaan komputer dan internet di kawasan Felda Di batang Padang. Wajah-wajah ini jugalah yang sedikit sebanyak membantu meningkatkan ilmu teknologi maklumat dan sentiasa bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan komputer dan internet dikawasan Felda terutamanya Felda yang mempunyai Pusat jalur lebar dibawah kendalian Packet One Sdn Bhd.Dengan Moto yang dipegang `Utamakan Komuniti`kami sentiasa bersedia membantu penduduk penduduk felda untuk meningkatkan taraf hidup dengan cara penggunaan ICT ini. Kebanyakan Staff-staff Pusat jalurlebar ini merupakan anak jati Felda dan ini menyebabkan kami sendiri faham kehendak masyarakat setempat.